Write For Us

Guan Eng aju soalan, mahu PAS jawab

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
142 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu PAS menjawab sama ada keputusan untuk menjadi 'blok ketiga' dalam pembangkang memberi keuntungan kepada BN atau tidak, pada PRU-14 nanti.
Lim mempersoalkan jika sasaran pembangkang mahu menjatuhkan kerajaan BN, untuk apa PAS mahu bertanding di kerusi pembangkang.
"Kalau sasaran musuh mereka bukan BN, dia (PAS) lawan untuk apa?
"Kerana semua kerusi dia tanding parti lawannya Umno, kalau sekarang musuh utama bukan lagi Umno-BN, jadi lawannya siapa," soal Lim.
Beliau berkata demikian pada sidang media semalam.
- Perjuangan politik PAS 'sesat', dakwa Guan Eng
Tindakan PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama pada pilihan raya umum akan datang menunjukkan parti itu 'sesat' dalam berpolitik selain ia akan menguntungkan BN.
Sebagai bekas sekutu DAP, Setiausaha Agung DAP itu menganggap tindakan PAS sebagai tidak masuk akal.
- PAS tentang GST tapi serang DAP, kata Guan Eng
Terdahulu, Lim mempersoalkan sikap PAS yang lantang mengkritik Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) tetapi tidak mahu menentang BN.
Sebaliknya, kata Lim, parti Islam itu menghalakan serangan itu kepada DAP.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment