Write For Us

Guan Eng enggan jawab soalan media BN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan liputan media mengenai banjir di negeri yang diterajuinya itu.
“Kesan daripada hujan lebat luar biasa ini turut melanda negeri-negeri jiran yang jauh lebih teruk tetapi gambaran media BN seperti biasa memberikan gambaran palsu seakan-akan bahawa hanya negeri Pulau Pinang yang banjir,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Jumaat lalu, Pulau Pinang dilanda hujan lebat lebih lima jam sehingga mengakibatkan lebih 100 kawasan di lima daerah ditenggelami air.
Pada hari yang sama, agensi berita nasional Bernama, serta akhbar berbahasa Inggeris dan Melayu termasuk The Star, New Straits Times, dan Harian Metro, juga melaporkan banjir di Kedah.
Media juga melaporkan mengenai banjir di Melaka dan Negeri Sembilan yang berlaku selepas banjir di Pulau Pinang dan Kedah.
Pengkritik Lim sering-kali menuduh pemimpin DAP cukup gemar mempersalahkan BN untuk segala-galanya.
Rakaman video di laman Facebook Lim mengenai sidang akhbarnya juga menunjukkan ketua menteri itu menolak soalan daripada seorang wartawan.
"Saya tidak mahu jawab soalan dari media BN kerana banyak kali media BN menyoal soalan bohong," katanya.
Dalam kenyataannya, Lim berkata kerajaan negeri tidak akan mencari alasan, tidak akan elak, tidak akan sembunyi dan tidak akan lari daripada tugas dan tanggungjawab untuk berdepan dengan masalah banjir serius itu.
Lim berkata kerajaan negeri bersetuju menerima cadangan Ahli MMK Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow untuk segera menjalankan 33 projek-projek kerja kecemasan bagi mengorek dan memperbaiki longkang dan perparitan yang rosak bernilai RM2.5 juta di seluruh negeri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment