Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berbohong apabila berkata kerajaan pusat tidak membenarkan perpindahan sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dari Kedah ke negeri itu.
"Saya mencabar Guan Eng tunjukkan surat daripada Jabatan Pendidikan sama ada JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) Pulau Pinang atau JPN Kedah adakah surat mengatakan bahawa SJKC tak boleh dipindah menjangkau sempadan negeri?
"Sedangkan tidak pernah ada apa-apa dasar atau surat dikeluarkan JPN bahawa SJKC tak boleh dipindah merentasi sempadan negeri. Jadi ini satu pembohongan dari seorang Ketua Menteri," ujar Chong dalam sidang media di parlimen hari ini.
Lim sebelum ini dilapor sebagai berkata Kementerian Pendidikan menghalang perpindahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Poay Chai dari Merbok, Kedah ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
SJKC Poay Chai ditutup pada 2015 selepas tidak ada pelajar yang mendaftar masuk ke sekolah berkenaan.
"Sekolah itu sememangnya memohon untuk dipindahkan ke Taman Alman, Bukit Mertajam.
“(Bagaimanapun) Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah mengeluarkan surat memberitahu tidak bersetuju sekolah itu dipindahkan ke situ kerana kawasan itu sudah mempunyai sebanyak tujuh SJKC dengan jarak lingkungan enam kilometer," ujar Chong.
Menurutnya SJKC Poay Chai akan dipindahkan ke satu lokasi yang baru yang akan diumumkan kementerian kelak.
Sementara itu, Chong menyifatkan perkara itu sengaja dibangkitkan kerajaan DAP bagi mengalih perhatian rakyat berhubung insiden tanah runtuh di Tanjung Bungah, empat hari lalu yang meragut nyawa 11 pekerja binaan.
"Saya hendak bertanya kepada Ketua Menteri, sekolah (SJKC Poay Chai) ini tidak ada murid semenjak 2015. Tetapi tak pernah beliau ambil tahu hal ini, sebab proses itu berlaku selama dua tahun.
"Mengapa di saat-saat kita akan berdepan dengan pilihan raya, kemudian ada kejadian tanah runtuh di sana barulah Ketua Menteri alihkan perhatian terhadap isu SJKC?" soalnya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment