Write For Us

Guan Eng dedah fakta di sebalik hutang RM1 trilion negara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan fakta disebalik hutang negara yang berjumlah RM1 trilion.
“Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan liabiliti bernilai RM1 trilion pada 31 Dis, 2017, seperti yang diumumkan sebelum ini.
"Pertamanya, hutang kerajaan persekutuan adalah RM686.8 bilion iaitu 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Selain itu, kerajaan juga perlu membayar jaminan kerajaan kepada pelbagai entiti yang gagal untuk membayar hutangnya. Jumlah ini adalah sebanyak RM199.1 bilion (14.6 peratus daripada KDNK).
"Antara jaminan itu melibatkan entiti seperti Danainfra Nasional Bhd. (RM42.2 bilion), Govco Holdings Bhd. (RM8.8 bilion), Prasarana Malaysia Bhd. (RM26.6 bilion), Malaysia Rail-link Sdn. Bhd. (RM14.5 bilion) serta dianggarkan RM38 bilion untuk 1MDB," kata Guang Eng dalam satu sidang media semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment