Write For Us

Rafizi dedah anggaran jumlah hutang negara cecah RM900b

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli menganggarkan nilai paras hutang negara yang akan ditanggung rakyat adalah mencecah hampir RM900 bilion.
Rafizi berkata faktor hutang yang dibuat kerajaan Persekutuan itu adalah berdasarkan projek mega seperti Aliran Transit Massa (MRT), pembinaan BLT Malaysia, ECRL, termasuk pengambilalihan hutang syarikat 1MDB oleh kerajaan.
Beliau berkata demikian dalam Forum 1-CPI 'Berapa Beban Hutang Dari Projek Mega Najib' yang dianjurkan INVOKE Malaysia, malam tadi.
Video tersebut dimuat naik secara langsung oleh Rafizi di Facebooknya, yang dimoderatorkan mantan pengerusi SMM, Syukri Razab.
Turut hadir menjadi barisan panelis adalah Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Amanah-Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment