Write For Us

Guan Eng disiasat polis kerana lagu anti GST

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Polis hari ini menyoal siasat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas satu video tersebar memperlihat beliau mengajak kanak-kanak menyanyi lagu anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Guan Eng ditemani peguam RSN Rayer, disoal siasat di pejabatnya di Komtar petang ini.
Selepas siasatan itu, Guan Eng yang ditemui media selepas siasatan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang menjalankan tugas dengan profesional.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana mereka hanya melakukan pekerjaan mereka. Akhirnya, keputusan adalah terletak di tangan kerajaan BN.
"Sekiranya lagu anti-GST adalah satu isu, (jika) orang perlu menghadapi tindakan kerana mahu membantah GST menerusi lagu, maka terpulanglah kepada rakyat untuk memutuskan apakah ini adalah apa yang mereka mahu," katanya.
Guan Eng telah menyanyikan lagu itu di sebuah flat pada 17 Mac, disertai oleh kanak-kanak pada satu majlis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment