Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini ditanya mengenai khidmat pegawai keselamatan dan pengiring kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah ditarik balik oleh kerajaan.
Mahathir pada mulanya mengatakan beliau tidak tahu bahawa khidmat mereka telah ditarik balik, namun kemudian mengatakan bekas perdana menteri itu kini sedang disiasat pihak berkuasa.
Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dengan anggota polis di Bukit Aman hari ini.
Dalam kenyataan di halaman Facebook pada malam ini, Najib berkata khidmat pegawai dan pengiring keselamatannya telah ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru.
Mereka terdiri daripada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas dan pegawai lain yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan terhadapnya di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment