Write For Us

RUU pinda Akta 164 ditarik balik, dibentang esok

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
149 Views
Published
Kerajaan hari ini menarik Rang Undang-undang (RUU) Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) yang menghalang penukaran agama sepihak ketika ia berada di peringkat bacaan kedua.
Keputusan itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan mengapa ia ditarik balik.
RUU itu disenaraikan pada nombor ke-10 dalam kertas aturan mesyuarat hari ini.
Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada November tahun lalu dan ditangguhkan untuk kali kedua hari ini.
Kali pertama ia ditangguhkan di peringkat bacaan kedua ialah pada 6 April lalu.
Pindaan ke atas akta berkenaan dibuat bagi mengelak amalan penukaran agama anak-anak secara unilateral (persetujuan sebelah pihak).
TERKINI:
Dalam satu kenyataan terbaru, RUU 164 baharu akan dibentang esok.
Menurut Azalina, hari ini kerajaan menggunakan Peraturan Mesyuarat 62 untuk menarik semula RUU tersebut.
Katanya, pindaan ini dibuat agar tidak berlaku percanggahan dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip doktrin stare decisis dimana keputusan Mahkamah tertinggi terhadap pentafsiran Fasal (4) Perkara 12 adalah terikat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment