Write For Us

Usul pinda enakmen Islam mungkin cuba dibentang lagi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
73 Views
Published
Cadangan meminda enakmen Islam Selangor yang membenarkan seseorang yang berusia bawah 18 tahun memeluk Islam dengan mendapat kebenaran sepihak mungkin tetap dibentangkan di DUN Selangor selepas ini.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata ketika ini memang ada pertikaian untuk tafsiran mengenai kebenaran yang diperlukan oleh seseorang remaja memeluk Islam.
Jelas Amirudin hanya Selangor, Pulau Pinang dan Sabah yang tidak sekata dengan pentafsiran dibuat mengenai isu tersebut, selain ada kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Ketika ini Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor menyatakan seseorang yang berusia kurang daripada 18 tahun mesti mendapatkan kebenaran "ibu dan bapa" sebelum boleh memeluk Islam.
Pindaan yang dicadangkan - dan setakat ini ditangguhkan - pula menyatakan kebenaran itu mestilah diberikan oleh "ibu atau bapa" kepada remaja terbabit.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment