Write For Us

Selangor rancang pinda enakmen pusat hiburan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
174 Views
Published
Cadangan meminda dan memperincikan Enakmen Pusat Hiburan Keluarga (PHK) di Selangor sedang dipertimbangkan kerajaan negeri.
Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata cadangan pindaan perlu dilakukan bagi mengelak berlaku kegiatan berunsurkan perjudian haram.
“Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meminda Enakmen Pusat Hiburan yang kini masih dalam proses semakan.
“Ia bagi memastikan keseluruhan aspek diambil kira sebelum dibentangkan untuk kelulusan,” katanya dalam sidang DUN Selangror hari ini.
Katanya, setakat ini jumlah lesen yang ditamatkan pada 2016 adalah 29 dan jumlah rampasan premis pula 17.
Namun, sekiranya aktiviti yang dijalankan berunsurkan perjudian haram, maka ia tertaluk di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu Polis Diraja Malaysia (PRDM) adalah agensi bertanggungjawab bagi memantau operasi pencegahan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment