Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyifatkan adalah lebih baik untuk pembentangan usul rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 pada sidang Dewan Rakyat, Oktober ini, ditangguhkan dahulu.
“Kalau boleh kita nak bentang (RUU355) dan terus menang.
“Jadi (untuk capai kemenangan itu), kita kena buat perkiraan kalau orang Umno, bahkan Islam yang lain tidak sokong, lebih baik tangguhkan dulu,” kata Mahfodz sewaktu ditemui di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), hari ini.
Turut hadir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata demikian mengulas pembentangan RUU355 pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
RUU 355 tidak dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat yang bersidang pada 24 Julai lalu atas faktor kesihatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berehat selepas menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN).
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas (2017) akan mula bersidang pada 23 Oktober hingga 30 November depan.
Mengulas lanjut, Mahfodz berkata dengan penangguhan itu PAS mampu mendapat sokongan yang lebih besar sekiranya sasaran kerusi untuk dimenangi parti Islam itu berjaya.
"Lepas pilihan raya, selepas banyak kerusi yang kita menang, barulah (bawa semula RUU355 ke Dewan Rakyat),"kata Mahfodz.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment