Write For Us

PRU14: PAS mungkin kalah teruk?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
146 Views
Published
Satu kajian yang dibuat oleh Invoke Malaysia (Invoke) mendapati bahawa Pas berkemungkinan akan kehilangan banyak kerusi yang disandang dan dijangka kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan mendakwa ini mungkin disebabkan oleh pendekatan Pas yang dilihat tidak konsisten dalam pendekatan serta tidak mempunyai pendirian dalam gerak kerja politik mereka.
Katanya, pemimpin Pas ketika ini menolak secara total Amanah dan Dap sementara itu pengikut parti di peringkat bawahan pula menolak Umno memandangkan sebahagian mereka masih berpegang dengan pandangan lama yang ekstrem terhadap parti itu.
Jelasnya, kedua-dua pandangan pemimpin serta pengikut Pas ini menyebabkan mereka terpaksa mencipta blok ke-3 dengan strategi "king maker" yang mencorakkan pendekatan yang tidak berpendirian bagaimanapun, rakyat pula merasakan ia yang tidak mampu untuk membuat perubahan kepada tampuk pemerintahan negara.
Sebelum ini, Pas ada membuat kenyataan bahawa mana-mana parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan Pas, perlu mengikut cara Pas.
Di samping itu, Pas terbuka mengadakan rundingan dengan mana-mana NGO, mahupun parti politik untuk menghadapi PRU14 kecuali dengan Amanah.
Tambahnya lagi, Pas kini bergantung kepada pengundi keliru yang kurang terdedah dengan perkembangan politik dan menganggap parti tersebut masih lagi bernaluri pembangkang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment