Write For Us

Bila PRU14? Mungkin antara April hingga Julai - Rafizi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan antara pertengahan April hingga akhir Julai tahun depan.
Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan tinjauan bulanan di seluruh negara oleh pusat penyelidikan pilihan raya Invoke, yang mendapati Datuk Seri Najib Razak kini mempunyai tahap sokongan yang rendah.
"Sebabnya ialah Najib tidak ada peluang untuk memanggilnya sekarang. Sokongannya tidak baik.
"Dia perlukan dua, tiga bulan untuk menaikkan sokongan dan satu-satu tempoh yang tinggal ialah antara April hingga Julai," katanya dalam ucapan di Subang Jaya malam tadi.
Katanya, walaupun Najib mempunyai hak mengadakan pilihan raya awal, namun tindakan demikian akan menyebabkan risiko kekalahan kepada BN.
Acara malam tadi sepatutnya menyaksikan 30 bakal calon PRU menandatangani akujanji bersama Invoke.
Bagaimanapun hanya 25 calon hadir, manakala bakinya masih bersetuju dengan syarat berkenaan tetapi tidak dapat hadir kerana pelbagai sebab.
Rafizi berkata akan ada lebih banyak acara seperti malam tadi setiap bulan sehingga PRU diadakan. Mengikut undang-undang, pilihan raya perlu diadakan sebelum Ogos tahun depan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment