Write For Us

'Isa Samad antara calon PRU14 untuk dipertimbangkan Najib'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Nama Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad termasuk dalam senarai calon Negeri Sembilan yang telah dihantar kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak untuk dipertimbangkan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bernama melaporkan Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini kerana Mohd Isa adalah Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang dan penyandang jawatan anggota Parlimen Jempol.
Mohamad berkata senarai calon BN Negeri Sembilan telah dihantar kepada Perdana Menteri pada Selasa lalu dan terpulang kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang sesuai untuk bertanding pada PRU14.
Mengenai dakwaan Pakatan Harapan akan berlaku tsunami Melayu pada PRU kali ini, beliau berkata teori tsunami Melayu itu cuma teori sahaja kerana orang Melayu masih lagi mempunyai keyakinan tinggi kepada UMNO dan BN untuk terus menerajui pentadbiran negara ini.
Katanya BN Negeri Sembilan yakin dapat mengekalkan 22 kerusi DUN dalam PRU14 nanti.
Katanya selain 22 kerusi itu, BN juga bertekad untuk menambah antara lima hingga tujuh kerusi lagi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment