Write For Us

Asyraf, Rara antara calon anak muda PRU14

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
171 Views
Published
Empat calon anak muda mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 secara rasmi menandatangani akujanji Deklarasi Bersama Anak Muda sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap Deklarasi Kongres Anak Muda Malaysia 2017.
Mereka terlibat adalah Asyraf Mustaqim Badrul Munir - calon Parlimen Paya Besar (Pahang); Sheikh Omar Ali - calon DUN Paloh (Johor); Hazmi Hassan - calon DUN Panchor (Kelantan); dan Young Syefura Othman - calon DUN Ketari (Pahang).
Majlis menandatangani deklarasi itu disaksikan Presiden Liga Pemuda Malaysia, Adam Adli Abd Halim.
Deklarasi Anak Muda Malaysia 2017 menggariskan 13 perkara yang diputuskan dalam satu Kongres Anak Muda Malaysia pada 13 dan 14 Mei tahun lalu.
Adam Adli menyatakan Liga Pemuda Malaysia sedia menzahirkan sokongan kepada HARAPAN kerana menepati syarat sebagai pilihan alternatif buat rakyat memilih demi menewaskan Barisan Nasional (BN).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment