Write For Us

'Mungkin lepas ini nak bagi laluan pak saudara pula...'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
PAS menggesa agar satu akta perlu digubal bagi menghalang mana-mana wakil rakyat mengosongkan kerusi tanpa sebab munasabah.
Merujuk kepada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada keperluan untuk diadakan PRK tersebut melainkan pembaziran wang rakyat.
Justeru katanya, PAS mencadangkan supaya diadakan satu peraturan baru supaya wakil rakyat tidak mengosongkan kerusi atas kepentingan tertentu.
"Mungkin lepas ini beri laluan kepada pak saudara, anak saudara pula dan akhirnya jadi caca merba," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke-59 di Kuala Terengganu, semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment