Write For Us

Lepas tikus, lebah pula di KLIA2

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
65 Views
Published
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tony Fernandes berang dengan pengurusan KLIA2 setelah menemui apa yang muncul sebagai sarang lebah di tingkap di salah sebuah bangunan di lapangan terbang itu.
Dalam ciapannya di Twitter, Fernandes berkongsi gambar lebah yang didakwa dirakamkan di KLIA2, di mana sebelum ini juga terdapat ulat dan tikus di situ.
Namun, kata Fernandes, insiden terbaharu itu boleh mendatangkan ancaman serius kepada keselamatan orang ramai.
Beliau juga menuntut pihak pengurusan menyelesaikan perkara itu memandangkan ia berbahaya kepada penumpang dan kakitangannya.
Difahamkan Malaysiakini telah menghubungi Malaysia Airport Holdings Berhad untuk mendapatkan ulasan mengenai apa yang berlaku dan sedang menunggu maklum balasnya.
Sebelum ini, MAHB, sebagai pengendali KLIA2, menjawap di Twitter berhubung aduan penumpang yang menjumpai tikus di lapangan terbang itu pada Disember lalu.
Menurut MAHB, syarikat itu telah menjalankan aktiviti kawalan serangga secara di bawah pengawasan bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment