Write For Us

DUN Kelantan lulus usul gubal semula peruntukan enakmen terbatal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
13 Views
Published
Selepas sebahagian daripada peruntukannya dibatalkan Mahkamah Persekutuan pada Feb lalu, DUN Kelantan menerima usul untuk menggubalkan semula 16 perkara dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

Usul persendirian itu dikemukakan Adun Melor, Wan Rohimi Wan Daud, dan diluluskan selepas dibahaskan tiga wakil rakyat hari ini.

Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah berkata usul itu berbunyi: Bahawa DUN yang bersidang hari ini merakamkan kekesalan dan sangat berdukacita atas pembatalan 16 peruntukan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 dan menggesa penggubalan semula enakmen-enakmen yang dibatalkan tersebut.

Sumber video: https://www.facebook.com/rtvkelantan/videos/454122976940779
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment