Write For Us

Guan Eng seru Syed Saddiq lapor ke SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA) Syed Saddiq Abdul Rahman perlu membuat laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ditawarkan rasuah oleh seorang pembantu menteri.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata perkara itu perlu dilakukan Syed Saddiq yang baru-baru ini telah menolak biasiswa untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Oxford bagi memberi tumpuan terhadap pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Syed Saddiq yang mendakwa ditawarkan rasuah untuk bertukar kem politik.
"Saya tidak terkejut dengan tuduhan itu, tapi di bawah undang-undang, dia perlu membuat laporan dengan SPRM sekiranya dia ditawarkan rasuah," kata setiausaha agung DAP itu.
Lim yang juga timbalan presiden Pakatan Harapan, mempersoalkan mengapa media gagal melaporkan identiti pembantu menteri yang didakwa cuba menawarkan Syed Saddiq rasuah sebanyak RM5 juta untuk meninggalkan BERSATU.
Pada sidang akhbar yang diadakan di Kuala Lumpur kelmarin, Syed Saddiq juga mendakwa ancaman dibuat terhadap keluarganya jika beliau meneruskan kerjaya politiknya dengan BERSATU, yang ditubuhkan antara lain oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment