Ketua Pemuda BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan skandal salah guna kuasa dan penyelewengan tapak Bazar Ramadan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bercakap kepada pihak media selepas membuat laporan, Syed Saddiq berharap SPRM menyiasat kes berkenaan sehingga ke lubang cacing dan membawa dalangnya ke muka pengadilan.
Media sebelum ini melaporkan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan bagi mendapatkan 80 tapak bazar di Jalan Masjid India pada Ramadan lalu.
Difahamkan, tapak bazar itu kemudian disewakan semula sehingga RM5,000 bagi satu lot dan dianggarkan penganjur mengaut keuntungan keseluruhan kira-kira RM400,000.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment