Write For Us

Skandal monopoli RM3.7b tender ubat, MP lapor SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Anggota Umno dan lantikan politik dalam 1MDB antara agen tender dalam kartel ubat farmaseutikal yang memonopoli bekalan ubat-ubatan kepada kerajaan, dakwa anggota parlimen Klang Charles Santiago.
Nama-mana itu antara yang berada dalam senarai wakil rakyat DAP itu yang diserahkan untuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Santiago enggan mendedahkan nama-nama itu kepada wartawan.
Sebelum ini, dilaporkan 20 syarikat yang mempunyai kaitan dengan ahli politik terkemuka, termasuk bekas menteri, mengawal rantaian bekalan ubat-ubatan dengan menjadi “agen tender” untuk syarikat farmaseutikal antarabangsa.
Mereka dilaporkan memperoleh kontrak bernilai RM3.7 bilion dalam tempoh tiga tahun sehingga 2016.
Kerajaan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat amalan monopoli dalam negara ini.
Santiago mendesak kerajaan menjelaskan tujuan sebenar agen tender.
Katanya, monopoli itu menyekat akses awam kepada ubat-ubatan dengan harga patut.
Berbanding dengan negara lain, kata Santiago, harga ubat-ubatan di Malaysia adalah 30 hingga 148 peratus lebih tinggi, dengan mengambil kira kadar tukaran wang asing.
Santiago berkata, kerajaan BN sebelum ini sering menolak membincangkan soal ubat-ubatan mampu beli ketika dibahaskan di parlimen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment