Write For Us

'Hadi cuba wujudkan ketakutan di kalangan Melayu, Islam'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan tanggapan yang mengatakan gabungan parti pemerintah dikawal oleh DAP.
Sebaliknya, Timbalan Presiden PH itu berkata dakwaan sedemikian sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan rasa takut dalam kalangan Melayu dan Islam.
"Tidak, itu tidak benar. Kabinet itu adalah tanggungjawab kolektif semua.
"Tiada menteri boleh menentukan keputusan yang dibuat oleh kabinet, yang dipengerusikan oleh perdana menteri. Saya fikir ini telah berlaku sejak hari pertama PH memerintah.
“Saya juga fikir apa yang cuba dibangkitkan itu dibuat bagi mewujudkan rasa takut di kalangan orang Islam-Melayu dan sebahagian dari gimik,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen.
Muhyiddin berkata demikian mengulas soalan pemberita mengenai tanggapan DAP menguasai PH.
Mengulas lanjut Muhyiddin berkata dakwaan tersebut juga tidak baik untuk negara.
"Kami adalah sebahagian daripada menteri kerajaan dan DAP antara yang bertanggungjawab terhadap pendidikan, kewangan dan dalam banyak isu yang kita bincangkan di kabinet dibuat keputusan secara bersama.
“Gaya politik itu tidak sesuai untuk Malaysia. Kami menekankan perlunya semua rakyat Malaysia bersama-sama, mesti ada kepercayaan bersama antara semua kaum dan semua agama harus menghormati satu sama lain,” katanya.
Sebelum ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa Amanah diwujudkan semata-mata untuk menjadi "alat" kepada strategi DAP yang mahu menyekat pengaruh dan peluang PAS dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Hadi mendakwa perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pemimpin Amanah sendiri.
Pemimpin Amanah menafikan dakwaan berkenaan dan mencabar Hadi membuktikan tuduhannya.
Bagaimanapun ketika diminta menamakan pemimpin yang dimaksudkan, Hadi sekadar berkata: "Rakyat melihat sendiri, tak perlu saya hukum".
Mengulas perkara itu, Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh hari ini berkata Hadi perlu bertanggungjawab dengan tuduhan itu.
”Apa-apa jenis tuduhan atau sindiran oleh mana-mana pihak terutamanya PAS dengan rasa tidak senang kerana masalah tertentu, maka mereka bertanggungjawab untuk itu,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment