Write For Us

Hadi dimasukkan ke IJN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berada di Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan.
Memetik Malaysiakini, perkara itu disahkan Setiausaha Akhbarnya, Abdul Malik Ab Razak yang memaklumkan Abdul Hadi dimasukkan ke IJN semalam.
Beliau berkata, doktor di IJN mengarahkan anggota Parlimen Marang itu supaya berehat
Pada 16 Mei 2017, Abdul Hadi selamat menjalani pembedahan penggantian injap jantung di IJN.
Beliau dilaporkan terharu dengan khidmat cemerlang yang ditunjukkan oleh pasukan perubatan di IJN sepanjang menjalani rawatan di sana.
Menurutnya, khidmat profesional yang ditawarkan IJN membolehkan institusi perubatan itu disenaraikan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment