Write For Us

RM3.4 juta tunai dimasukkan ke akaun Najib, dakwa S'wak Report

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Dalam dakwaan terbaru, Sarawak Report melaporkan wang tunai berjumlah RM3.4 juta disalurkan ke dalam dua akaun Ambank yang dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Memetik kebocoran maklumat siasatan, ia mendakwa akaun berkenaan diuruskan oleh bekas Pengarah Urusan, SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil.
Nik Faisal adalah penandatangan untuk akaun berkenaan, dakwa Sarawak Report dalam e-mel.
Ini susulan kenyataan Pejabat Peguam Negara Switzerland yang berkata ia sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan AS$800 juta membabitkan firma milik negara, SRC International, yang adalah bekas anak syarikat 1MDB.
Editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown mendakwa berdasarkan penyata bank perdana menteri, semua deposit itu mungkin dibuat secara tunai.
Seorang pegawai bank yang dirujuk oleh Sarawak Report tetapi dinamakan berkata beliau percaya wang tunai itu dibawa ke bank dengan beg dan dimasukkan ke dalam akaun secara terus supaya tidak meninggalkan sebarang jejak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment