Write For Us

Hadi kata tak pernah calonkan anaknya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak pernah mencalonkan anaknya Muhammad Khalil untuk sebarang jawatan dalam parti itu.
Menurut beliau, apa yang berlaku adalah pencalonan dari akar umbi sama ada wujud pertandingan atau tidak dalam pemilihan jawatan.
"Saya tidak mencalonkan anak saya dan tak minta anak saya bertanding, mahupun keluarga saya.
"Apa yang berlaku adalah pencalonan akar umbi yang menjadikan (jawatan) ada yang bertanding dan tidak bertanding," katanya pada sidang media selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-63, di Alor Setar hari ini.
Terdahulu, Muhammad Khalil dilantik sebagai ketua pemuda PAS selepas menang tanpa bertanding bagi jawatan itu sekaligus menggantikan posisi Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment