Write For Us

DAP itu 'anak butir t**k PAP', kata Hadi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Dalam salah satu kecaman paling keras pernah dibuat kepada DAP, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap parti berkenaan sebagai "butir tahi" PAP Singapura.
Abdul Hadi berkata, Singapura adalah "bapa DAP" dan di negara berkenaan parti yang memerintah ialah PAP (Parti Tindakan Rakyat).
"Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.
"Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia," katanya di majlis ceramah perdana sempena kejayaan pembentangan rang undang-undang meminda Akta 355 (RUU355)," kata Hadi.
Hadi berkata demikian ketika berucap di Rusila malam tadi.
Video ucapan dimuat naik Terengganukini di Youtube.
Usul persendirian dibawa Abdul Hadi itu dibentang di Dewan Rakyat pada 6 April lalu sebelum Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku speaker menangguhkan perbahasan ke sesi akan datang.
Abdul Hadi membawa usul berkenaan bagi membolehkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - nama lain bagi Akta 355 - mempunyai had hukuman lebih tinggi.
Cadangan itu mendapat tentangan banyak pihak. Selain DAP, parti komponen BN juga tidak bersetuju dan sebahagiannya menganggap rang undang-undang berkenaan akan membuka jalan kepada pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia.
Bagaimanapun, Abdul Hadi menegaskan usul yang dibawa itu bukan bertujuan untuk melaksanakan hudud di negara ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment