Write For Us

PAS tidak akan terima DAP, kata Hadi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP telah menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri itu.
Kata Hadi, agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.
Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini.
Video tersebut dimuat naik TerengganuKini di Youtube.
Beliau mengulas kenyataan terbaru ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang yang kini bertukar fikiran dan sedia kembali bekerjasama dengan PAS bagi “menyelamatkan” Malaysia daripada menjadi sebahagian daripada negara kleptokrasi global.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment