Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bertegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memberitahunya parti itu tidak akan menyokong Umno dalam pilihan raya kecil DUN Semenyih.
Mahathir pertama kali membuat dakwaan tersebut ketika sidang akhbar semalam dan pengerusi PH itu sekali lagi mengulang kenyataannya behawa Abdul Hadi bersama Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar telah membuat pengakuan itu ketika pertemuan mereka pada Jumaat lalu.
"Saya terpaksa kata yang benar. Hadi, Takiyuddin dan Samsuri mengaku bahawa mereka tak akan sokong Umno pada (PRK Semenyih) kali ini kerana yang lawan dengan Umno kali ini bukanlah dari DAP.
"Mereka sokong Umno dulu sebab calon lawan datang dari DAP. Kali ini Umno bukan lawan dengan DAP," kata Mahathir pada sidang akhbar di Puchong selepas melancarkan Dasar Komuniti Negara.
Mahathir juga berkata memiliki perjanjian bertulis yang telah dimeterai tandatangan Takiyuddin.
Kenyataan pengerusi Bersatu semalam dikeluarkan hanya beberapa jam selepas wakil kepimpinan PAS hadir menyokong calon BN Zakaria Hanafi di pusat penamaan bagi PRK Semenyih.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment