Write For Us

Hadi tak datang, akan hadir himpunan akan datang, kata KP PAS

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
185 Views
Published
Ketika umat Islam dan pemimpin lain kerajaan melaungkan semangat mempertahankan bumi Palestin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak keihatan di perhimpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis di Masjid Putra, Putrajaya, sebentar tadi.
Sebaliknya yang hadir hanyalah Ketua Pemuda PAS yang juga merupakan anaknya Khalil Abdul Hadi di pentas himpunan.
Bagaimanapun, Khalil yang ditemui pemberita selepas pemimpin utama negara Datuk Seri Najib Razak berucap tidak menjelaskan mengapa Abdul Hadi tidak hadir ke himpunan itu.
“Insyallah, beliau akan hadir dalam program-program akan datang. Saya percaya akan ada lagi program-program akan datang,” kata Khalil.
Beliau berkata demikian mengulas ketidakhadiran Abdul Hadi ke perhimpunan solidariti Selamatkan Baitulmaqdis.
Khalil dalam masa yang sama turut percaya Presiden PAS itu akan memberikan komitmen untuk menjayakan pada himpunan akan datang.
“Dan berdasarkan kepada pendirian beliau sejak daripada dahulu tentang isu palestin, ini bukan kali pertama untuk memastikan rakyat Malaysia, kerajaan bersama-sama dalam isu Palestin,” katanya.
Turut tidak kelihatan dalam himpunan ialah Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir sebelum itu hadir untuk mengerjakan solat Jumaat.
Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempelawa rakyat berbilang kaum, NGO serta pemimpin parti pembangkang menyertai himpunan itu.
Ia bagi menunjukkan solidariti kepada Palestin ekoran tindakan Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Himpunan itu sebelum itu dijadual menyaksikan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Abdul Hadi digandingkan di atas pentas sama untuk memperkatakan isu umat Islam.
Sebelum ini kedua-dua mereka digandingkan dalam himpunan mengenai nasib etnik Rohingya di Myanmar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment