Write For Us

Hadi: Mahfuz boleh keluar kalau tak nak ikut cara PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang kerap mengkritik kepimpinan parti supaya keluar dari parti Islam itu.
Abdul Hadi berkata tindakan disiplin akan dikenakan jika jawatankuasa disiplin parti mendapati Mahfuz bersalah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, di Marang.
Video tersebut dimuat naik Terengganukini di Youtube.
Abdul Hadi turut menasihati pemimpin dan anggota PAS yang tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti atau tidak dapat menerima dasar-dasar PAS agar keluar parti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment