Write For Us

Mahfuz maafkan Hadi, doa Hadi sihat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
139 Views
Published
Selepas diibaratkan sebagai 'orang yang dah lama mati' di dalam parti , Datuk Mahfuz Omar tetap memaafkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kata Mahfuz ini kerana Abdul Hadi tidak berbuat salah kepadanya, malah akan terus menghormati anggota Parlimen Marang itu sekali gus mendoakan kesahteraan hidup pemimpin tertinggi parti Islam itu.
"Saya tak fikir dia (Abdul Hadi) buat salah pada saya.
"Saya hormati semua orang dan saya tak terkesan dengan apa yang dilabelkan Tok Guru yang mengibaratkan kepada saya yang saya ini macam mayat hidup.

"Saya tak marah Tok Guru, saya mendoakan Allah SWT beri kesihatan yang baik, rahmat dan berkat dalam hidup beliau dunia dan akhirat," kata mahfuz dalam temubual bersama Malaysiakini.
Mahfuz berkata demikian mengulas apakah beliau bersedia memaafkan Abdul Hadi dengan melabelkan dirinya sebagai orang yang dah lama mati.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 4 Januari lalu mengibaratkan Datuk Mahfuz Omar sebagai 'orang yang dah lama mati' di dalam parti.
"(Dia) ibarat orang dah lama mati, baru tanam," katanya ringkas dalam sebuah video yang dikongsi di Facebooknya selepas bercakap kepada pemberita yang memintanya mengulas tindakan Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena keluar daripada PAS.
Mengulas kewajaran seorang ulama mengibaratkan orang lain sedemikian, Mahfuz berkata semua pihak boleh menilainya sendiri.
"Itu terpulang kepada orang untuk menilai tetapi bagi saya, saya hidup dalam kemaafan dan bila saya hidup dalam kemaafan maknanya saya tenang, saya tak rasa pemikiran saya kusut, muram, murung dan sebagainya. Jadi hidup dengan kemaafan.
"Walaupun Tuan Ibrahim kata dekat saya macam buah masak yang buruk tapi saya tak ambil apa yang dia ajar kepada saya dulu, tulis buku senyum," kata Mahfuz.
Mahfuz pada 31 Disember lalu mengumumkan dirinya meninggalkan parti itu selepas menjadi ahli selama lebih 30 tahun.
Alasannya, PAS hanya memperalatkan agama bagi melipat-gandakan hukuman kesalahan syariah - melalui Rang Undang-undang 355.
Beliau turut tidak berpuas hati dengan pendirian parti yang berkecuali terhadap Belanjawan 2018 serta sasaran PAS untuk hanya memenangi 40 kerusi dalam PRU14.
Selain Mahfuz, turut sama mengambil keputusan berkenaan ialah isteri serta anak-anaknya.
Beliau bagaimanapun masih belum memutuskan parti mana yang akan disertainya kelak.
Mahfuz sebelum ini adalah antara pemimpin PAS yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan khususnya AMANAH.
Kecenderungan itu menyebabkan beliau digelar sebagai ahli kumpulan 'Harum Manis' dalam parti Islam itu. Harum Manis merujuk kepada buah mangga yang berwarna hijau di luar tetapi berisi oren di dalam yang terkenal di Perlis.
Pada Oktober tahun lalu, PAS Kedah menggugurkan Mahfuz daripada senarai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment