Write For Us

Hadi perlu satu jam jawab 'Amanat Hadi'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
150 Views
Published
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memerlukan tempoh satu jam secara langsung di mana-mana stesen televisyen tempatan untuk menjelaskan kontroversi 'Amanat Hadi' hingga dikaitkan dengan tragedi berdarah Memali pada 1985.
Sihar Harian melaporkan anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil berkata, bapanya sedia menjelaskan isu itu sekiranya permintaan tersebut direalisasikan.
Jelas Khalil, bapanya pernah meminta satu jam untuk mengulas sejak isu ini ditimbulkan dahulu tetapi tidak diberikan ruang.
Muhammad Khalil menegaskan, jika diberi peluang itu, beliau yakin amanat itu dapat dijelaskan yang dikaitkan dengan tragedi berdarah Memali 32 tahun lalu agar masyarakat dapat menilainya dengan adil.
Beliau juga turut menolak dakwaan bapanya berkeberatan berjumpa wartawan bagi menjawab persoalan itu.
Malah, beliau mengulangi permintaan bapanya agar pemimpin terbabit dapat untuk diberikan peluang bagi menjelaskan mengenainya menerusi siaran langsung menerusi televisyen tempatan seperti pernah dikemukakan dahulu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment