Write For Us

"Memang saya orang kampung nelayan," Hadi jawab Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab sindiran Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengakui bahawa beliau adalah orang kampung nelayan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita dalam sebuah majlis di Terengganu malam tadi.
- Hadi patut jadi ustaz di sekolah, sindir Dr M
Pada Selasa lalu, Mahathir memulangkan “paku buah keras” dengan mengesyorkan kepada Abdul Hadi supaya berhenti berpolitik dan sebaliknya mengajar ilmu agama yang betul.
Katanya, Abdul Hadi dilihat tiada kepakaran dalam bidang politik dan perlu memfokuskan dirinya dalam ajaran agama dengan merujuk kitab al-Quran.
- Anggap Dr M orang tua yang perlu 'diilmukan' - Hadi
Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata demikian ketika mengulas sindiran Abdul Hadi supaya beliau berkhidmat di Klinik 1Malaysia berbanding menyertai pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini.
Abdul Hadi dilaporkan turut bersimpati kepada Dr Mahathir kerana terbabit dalam politik ketika berusia lebih 90 tahun.
Kata Abdul Hadi, sebagai warga emas Dr Mahathir masih gemar "bercakap" dalam semua hal termasuk dalam bab agama.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment