Write For Us

'Memang benar ada orang Umno, ada orang PAS atas kapal ini'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terharu dengan persiapan misi bantuan kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' yang disertai lebih 200 sukarelawan selain membawa 2,200 tan bantuan termasuk makanan dan ubat.
Kata Najib, misi tersebut melambangkan penyatuan ummah Malaysia.
Beliau berkata demikian sebelum menyempurnakan pelepasan kapal 'Nautical Aliya' yang membawa misi bantuan kemanusiaan itu di Boustead Cruise Centre di sini, hari ini.
Turut bersama-sama Najib menyempurnakan majlis pelepasan itu ialah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Misi 'Food Flotilla for Myanmar' yang diketuai oleh Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim adalah anjuran KP1M dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Yayasan
Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) dari Turki.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment