Ketika Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad bertaubat atas dakwaan kesalahan ketika menjadi perdana menteri, presiden PAS itu juga perlu beringat untuk melakukan perkara sama, kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan Datuk Husam Musa.
Beliau mendakwa antara kesalahan Abdul Hadi terhadap umat Islam di Malaysia, adalah 'amanatnya' pada 1981 yang didakwa antara punca perpecahan umat Islam ketika itu.
"Dosa dengan rakyat Malaysia, umat Islam sebab dia fatwakan Perlembagaan Persekutuan sebagai sekular, warisan penjajah," katanya ketika berucap di majlis pelancaran jentera pilihan raya umum (PRU) ke-14 Parlimen Kubang Kerian di Wisma Tok Guru, Kota Bharu, malam tadi.
Tetapi kini, kata Husam lagi, Abdul Hadi nampaknya tiada masalah dengan perlembagaan malah membangkitkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
"Sebab itu saya kata dia pun kena taubat," katanya lagi.
Ketika sesi penggulungan Muktamar PAS ke-63 Mei lalu, Abdul Hadi antaranya menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) memantau parti politik dan organisasi yang dilihat tidak menghormati perlembagaan, terutama yang berkaitan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
"Dosa Hadi pada saya seorang pun banyak juga. Demo (anda) aniaya kawe (saya)," katanya lagi, merujuk pemecatannya daripada parti itu Mei tahun lalu.
Beliau mengulas kenyataan Hadi pada 20 Oktober lalu, yang menggesa Mahathir bertaubat kerana menurutnya menjadi punca kepada kerosakan sistem negara, pengurangan kuasa Raja-raja Melayu, amalan demokrasi tempang dan mentadbir negara secara diktator.
Dalam wawancara dengan Sinar Harian itu, Hadi juga berkata undian terhadap HARAPAN sama seperti "mengundi dan mengiakan kezaliman Mahathir".
Ia bagi membalas kenyataan Mahathir sebelum ini yang berkata undian terhadap PAS seperti mengundi BN.
Husam menyifatkan penyertaan Mahathir dalam HARAPAN sebagai 'rezeki' yang memberi peluang untuknya memperbaiki kesilapan ketika menjadi perdana menteri.
"Kalau dia berjihad nak betulkan balik negara ini, Tuhan bagi peluang panjang umur kerana tugas ini, rezeki dia. Apa masalahnya?
"Hadi suruh Mahathir bertaubat, walhal dia pun kena bertaubat, semua orang perlu bertaubat," katanya lagi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment