Write For Us

'Harap mereka bertaubat'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Exco Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim mengecam tindakan kumpulan Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) yang membuat bantahan campur tangan kerajaan negeri pada 26 Mei lalu di Masjid Simpang Enam, sambil menyifatkan sebagai menyimpang dari ajaran Islam.
Abdul Malik menyelar tindakan bekas ketua pemuda PAS negeri itu, Mohamed Hafiz Nordin yang masih menabur fitnah kononnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng mencampuri urusan fatwa Islam di Pulau Pinang.
"Kita telah berkali-kali termasuk mufti sendiri dan saya yang mengatakan fatwa tidak ada campur tangan dari pihak kerajaan.
"Mereka mengadakan demonstrasi yang terdiri daripada 7-8 orang, muka-muka biasa, yang paling teruk sekali menampar seseorang di depan masjid selepas solat Jumaat tanpa sebab.
"Mejar Zaidi bertanya sesuatu dan ini adalah sesuatu perkara yang berlaku memalukan umat Islam, yang mempamerkan mereka ini bukan membawa kepada satu prestasi atau satu persepsi terhadap Islam.
"Saya sekali lagi mengecam mereka ini dan berharap mereka bertaubat kerana fitnah mereka terhadap Ketua Menteri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.
- Lagi insiden kecoh depan masjid, Mejar Zaidi kena tampar
Pada 26 Mei lalu, seorang bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditampar peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang di George Town.
Zaidi Ahmad yang kini menjadi pegawai penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan cuba membuat provokasi ketika bekas ketua pemuda PAS negeri itu, Mohamed Hafiz Nordin, menyampaikan ucapan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment