Write For Us

"Bagi ahli Umno, masih belum terlambat untuk bertaubat," kata aktivis #FreeAnwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Sekumpulan aktivis muda berikrar untuk menjelajah kerusi kubu Umno untuk menyebarkan mesej perjuangan pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini adalah sebahagian daripada kempen FreeAnwar anjuran kumpulan #BebasAnwar bagi mengingatkan rakyat terhadap perjuangan Anwar dalam politik.
"Kami akan memberi tumpuan kepada kawasan pedalaman. Mengapa? Sebab ini kubu Umno," kata aktivis Adrian Lim kepada media selepas pelancaran tema kempen itu yang digelar '10 tahun Anwar seorang tahanan politik' di kediaman pemimpin PKR itu di Segambut malam tadi.
"(Semasa jelajah itu), kita akan menganjurkan ceramah seperti biasa. Kami akan menyediakan risalah dan buku kecil (mengandungi maklumat) status ekonomi, hutang kita dan juga perbandingan antara era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan era Anwar," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran jelajah tersebut, yang dijadualkan akan diadakan di Semenanjung Malaysia selepas 10 Februari, atas sebab-sebab keselamatan.
Layari berita lanjut di
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment