Write For Us

Masih sukar untuk terima tetapi.... - Aktivis reformasi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Bertahun-tahun berjuang melawan BN yang diketuai Tun Mahathir Mohamad, aktivis Reformasi veteran Nashita Md Noor hari ini hadir ke himpunan, walaupun mengakui pada awalnya keberatan ekoran Mahathir yang kini memimpin HARAPAN.
Katanya, akhirnya beliau dan keluarga memutuskan untuk menyertainya. Suaminya Bad Latif Mansor sebelum ini pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Suasana himpunan sekarang tidak lagi sama," katanya berhubung program itu yang dianjurkan secara suasana pesta.
Nashita bersama anaknya Asiah sebelum ini juga pernah ditahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, kerana terlibat dalam demonstrasi #TangkapNajib pada 2015 di ibu kota.
Beliau adalah salah seorang aktivis era Reformasi yang pernah menyuarakan kebimbangan berhubung penglibatan Mahathir dalam pembangkang.
"Masih sukar untuk terima, tetapi selepas berbincang dengan beberapa kawan, saya mula mempunyai perspektif baru," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment