Write For Us

PKR masih belum yakin dengan PRN Pulau Pinang, kata Wan Azizah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
PKR belum cukup yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri di Pulau Pinang.
Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata walaupun keputusan itu diambil sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP), mereka akan tetap meneruskan perbincangan mengenainya dengan parti lain dalam Pakatan Harapan.
"Selepas perbincangan menyeluruh, termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat memutuskan secara sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Pimpinan PKR berkumpul dan bermesyuarat di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya malam ini bagi membincangkan cadangan kerajaan Pulau Pinang membubarkan DUN negeri itu bagi membolehkan pilihan raya negeri di adakan.
Kerajaan negeri yang diketuai DAP berpendapat langkah berkenaan adalah peluang untuk pengundi di negeri itu menyatakan pendirian mereka berhubung tuduhan rasuah dikenakan ke atas ketua menteri Lim Guan Eng.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment