Write For Us

Waris Jong-nam masih belum tampil beri DNA, kata KP Kesihatan

Loading...
christmas sale Entertainment MindGames
52 Views
Published
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini masih belum ada waris keluarga mendiang Kim Jong-nam yang muncul bagi memberikan sampel DNA untuk pengesahan identiti dan proses menuntut mayat.
“Masih belum ada ahli keluarga yang tampil kepada kami,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebentar tadi.
Malam tadi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menjadi tumpuan media bagi menunggu ketibaan anak Jong-nam, Kim Han-Sol, 21.
Difahamkan Han-Sol datang ke Malaysia menaiki pesawat AirAsia dari Macau bagi memberikan sampel DNA untuk pengesahan identiti dan proses menuntut mayat mendiang bapanya.
Polis sebelum ini memaklumkan, pihak berkuasa Malaysia tidak akan menyerahkan mayat Jong-Nam sehingga memperoleh sampel ahli keluarganya bagi pengesahan identiti mayat.
Polis turut memberi masa dua minggu kepada keluarga Jong-Nam untuk berbuat demikian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment