Write For Us

Waris Jong-nam belum tampil beri DNA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
92 Views
Published
Sehingga hari ini waris mendiang King Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Jong-un, masih belum tampil memberikan sampel DNA untuk pengesahan identiti dan proses menuntut mayat.
“Analisis bedah siasat belum selesai. Pada masa ini, kita tidak ada DNA keluarga dan rekod kesihatan, kami masih menunggu kedutaan," kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Noor Hisham berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Malam tadi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menjadi tumpuan media selepas anak Jong-nam, Han-sol, 21, dikatakan akan tiba ke Malaysia bagi menguruskan mayat ayahnya.
Han-sol dikatakan berlepas dari Macau untuk membantu pengesahan identiti mangsa. Bagaimanapun, media yang berkampung di situ gagal mengecam atau mengesahkan ketibaan Han-Sol.
Polis sebelum ini memaklumkan, mayat Jong-nam tidak akan diserahkan sehingga memperoleh sampel anggota keluarganya bagi pengesahan identiti.
Pada pagi 13 Februari lalu, Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki pesawat ke Macau, sebelum didatangi 2 wanita yang menekup mukanya dengan kain dan menyembur cecair beracun.
Jong Nam yang menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment