Write For Us

IGP: Tiada waris tuntut mayat Jong-nam, polis serah pada Kementerian Kesihatan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mengikut undang-undang, mayat Kim Jong-nam hanya akan diserahkan kepada waris sah.
Khalid berkata buat masa itu, mayat itu diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk urusan selanjutnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini memang diketahui mangsa serangan itu ialah Jong-nam tetapi pengesahan rasmi tidak dibuat kerana Kementerian Kesihatan belum menerima sampel DNA yang membolehkan proses berkenaan dilakukan.
Khalid juga enggan menyatakan sama ada sampel DNA diperoleh pihak berkuasa bagi tujuan pengesahan identiti Jong-nam.
Ditanya media lebih lanjut mengenai bagaimana pengesahan dapat dibuat jika tanpa sampel DNA, Khalid menegaskan, ia adalah tugas pihak polis.
Terdahulu, Khalid mengesahkan lelaki yang dibunuh dengan racun di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu ialah Kim Jong-nam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment