Write For Us

'Raja Bomoh' tampil bertaubat, semua aksi hanya drama

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
'Raja Bomoh' yang dikenali sebagai Ibrahim Mat Zin membuat pengakuan ikhlas dan bertaubat atas kesalahan menghina agama Islam berhubung beberapa upacaranya yang menjadi tatapan umum di media sosial.
Ibrahim yang berusia 66 tahun, dalam pengakuannya, memohon maaf kepada semua masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini serta semua pihak di seluruh dunia berhubung tindakannya menggunakan teropong dalam membantu menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar yang berlaku di Malaysia, termasuk kes kehilangan MH370.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), hari ini.
Pengakuannya itu disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad.
Menurut Ibrahim, beliau menyatakan segala tindakannya itu, termasuk aksi melihat menggunakan teropong buluh dan angkat kelapa, diarahkan oleh individu tertentu yang tidak dapat didedahkannya.
Ibrahim mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata, Ibrahim mengaku bersalah atas segala pertuduhan yang dibacakan kepadanya di bawah seksyen 7(a), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 bagi kesalahan menghina Islam.
“Disebabkan faktor kesihatan dan umur, Ibrahim diperintah untuk berkelakuan baik selama enam bulan dan menjalani kelas akidah serta fardu ain.
“Diharapkan hukuman yang diterima dapat memberi pengajaran kepada beliau menyesali dan bertaubat atas semua perbuatannya,” katanya.
Ibrahim mencetuskan kontroversi apabila dirinya sering melakukan ritual pelik.
Terakhir, pada 13 Mac lalu dia melakukan ritual di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur kononnya 'memagar' Malaysia dari diserang negara asing khususnya Korea Utara.
Antara ritual peliknya yang lain termasuk mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang dan ‘merestui’ tempat kejadian kemalangan yang membabitkan bekas pemimpin DAP, mendiang Karpal Singh.
Sebelum ini Ibrahim ditahan oleh JAWI di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 22 April lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment