Write For Us

Tinjauan: 'Raja Bomoh' hanya mahu tarik perhatian umum

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
144 Views
Published
Selepas agak lama menyepikan diri, individu yang menggelarkan dirinya sebagai 'raja bomoh Malaysia' sekali lagi mencuri tumpuan dengan upacara aneh terbarunya.
Kali ini, Datuk Ibrahim Mat Zin bersama pengikutnya mengadakan upacara untuk melindungi Malaysia daripada ancaman negara asing, khususnya Korea Utara.
Dalam rakaman video dimuat naik di Youtube itu, Ibrahim bersama tiga pengikutnya dilihat berada di tepi sebuah pantai dengan membawa beberapa peralatan upacara.
Tinjauan KiniTV mendapati orang awam berpandangan tindakan 'raja bomoh' itu dilihat tidak wajar semata-mata mahu menarik perhatian umum di media sosial.
Ada di kalangan mereka berpendapat di zaman moden ini penggunaan upacara ini ternyata mengarut.
Ikuti pandangan dan pendapat awam berhubung perkara ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment