Write For Us

Hadi tak pertahan Rhu Rendang

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
90 Views
Published
PAS hari ini mengumumkan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan mempertahankan DUN Rhu Rendang, sebaliknya akan bertanding di kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Untuk makluman presiden dan timbalan, termasuk saya akan bertanding di parlimen sahaja,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam sidang media di pejabat parti itu di Kuala Lumpur.
Diminta mengesahkan sama ada Hadi tidak mempertahankan kerusi Rhu Rendang, Takiyuddin hanya menjawab: “Tak”.
Abdul Hadi sebelum ini memutuskan untuk bertanding hanya satu kerusi sahaja pada PRU14 kali ini tetapi belum memutuskan sama ada DUN atau parlimen.
Beliau menyandang kerusi parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang menewaskan calon BN pada pilihan raya umum lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment