Tujuh pemimpin PAS, termasuk di peringkat tertinggi, menerima penghargaan sandang kehormat daripada Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia semalam.
Berlangsung di sebuah hotel di Muar, antara penerima sandang kebesaran itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang turut menyampaikan ucap utama di majlis berkenaan.
Abdul Hadi menerima sandang Mahkota Agong Seri Bintang Pelangi.
Penerima lain ialah Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil; Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin; Ketua Dewan Ulama Pusat PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Pemangku Ketua Pemuda PAS Johor, Juwahir Amin.
Tidak ketinggalan menerima penghargaan itu ialah anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga timbalan ketua Pemuda PAS.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment