Write For Us

Haramkan guna plastik, ini undang-undang 'kong kali kong' - Noh Omar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
149 Views
Published
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menyifatkan kepimpinan pakatan pembangkang itu menggunakan undang-undang "kong kali kong" berhubung keputusan kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan beg plastik bermula awal Januari 2017 dan mengenakan bayaran 20 sen untuk setiap penggunaannya.
Noh berkata tindakan kerajaan negeri itu menguatkuasakan undang-undang tersebut tidak ada kaitan dengan kementeriannya mahupun kerajaan Pusat.
Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini.
Pada 21 Disember lalu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong dilaporkan berkata, bekas makanan polisterina dan beg plastik tidak akan dibekalkan peniaga secara percuma mulai 1 Januari lalu.
Selangor mula melaksanakan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” pada 2010, dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan, pada setiap Sabtu.
Pengguna akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment