Write For Us

"Kong kali kong," Wan Azizah balas MP Bintulu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
184 Views
Published
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membawa perubahan di Sabah dan Sarawak dengan janji-janji yang kosong selama ini.
"Kong kali kong la...kerajaan sama je, mana ada tukar kerajaan, BN itu la. Sebab itu kita yang keluarkan kenyataan ini. BN la kerajaan, BN yang berikan janji-janji itu.
"Kong kali kong la," bidas Wan Azizah dalam ucapan perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Wan Azizah berkata demikian menjawab soalan pencelahan daripada Tiong yang menjelaskan terdapat pemimpinan dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) juga pernah berada dalam barisan kabinet sewaktu berada dalam Barisan BN.
"Kita negara ini tahun 90an, siapa jadi Perdana Menteri, siapa jadi menteri kewangan? Dalam masa itu berapa peruntukan disedia untuk Sabah dan Sarawak, terutama sekali jalan dan juga sekolah daif. Dan juga dalam masa itu, saya faham ada sebahagian peruntukan berapa ratus juta, itu projek bagi pada siapa, berapa sekolah sudah naik taraf pada masa itu.
"Saya minta Permatang Pauh faham zaman itu masa. Menag tadi saya dengar ini Barisan (BN) jawab dalam itu zaman itu pemimpin-pemimpin sekarang konon-kononnya Pakatan Harapan itu masa dalam Barisan kabinet.
"Kenapa dalam masa itu peruntukan sudah kong kali kong tidak bagi?" soal Tiong.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment