Write For Us

'Haramkan perkahwinan bawah umur dalam RUU baru'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
164 Views
Published
Kerajaan patut mengharamkan perkahwinan kanak-kanak dalam undang-undang baru yang mahu diperkenal untuk menangani masalah penderaan seksual kanak-kanak, kata Teo Nie Ching.
Anggota parlimen Kulai itu membangkitkan statistik yang menyebut hampir 15,000 kanak-kanak bawah 15 tahun berkahwin di negara ini, pada tahun 2010.
“Malaysia menerima pakai resolusi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan perkahwinan kanak-kanak dalam Majlis Hak Asasi Manusia pada Oktober 2013.
“Ini masanya untuk kerajaan kita hormati ikrar itu dan saya berharap kerajaan akan berbuat demikian apabila rang undang-undang itu dibentang,” katanya dalam kenyataan.
Najib semalam berkata undang-undang baharu dan khusus bagi menangani kesalahan jenayah seksual kanak-kanak secara menyeluruh akan dibentangkan pada sesi parlimen kali ini.
Beliau berharap Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 mendapat sokongan semua anggota parlimen kerana ia adalah tanggungjawab semua pihak tanpa mengira fahaman politik untuk menangani jenayah itu.
Perkahwinan kanak-kanak bawah 16 tahun dibenarkan bawah peruntukan khas Mahkamah Syariah, walaupun hubungan seks bawah umur adalah jenayah bawah Kanun Keseksaan.
Pada 2010, PBB melaporkan lebih 82,000 wanita yang berkahwin di Malaysia berumur antara 15 hingga 19 tahun.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment