Write For Us

Kompaun RM50 kepada perokok di bawah umur

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
Perokok berumur bawah 18 tahun akan dikenakan kompaun RM50 jika mereka didapati merokok dalam premis makanan.
Mengikut peraturan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiada peruntukan diskaun sama sekali ke atas mereka yang dikenakan kompaun.
Dalam Peraturan 11(1)(d) iaitu kesalahan merokok di tempat makan, perokok yang melanggar peraturan itu dikenakan kompaun RM150 bagi kesalahan pertama; kesalahan kali kedua RM250, dan ketiga RM350.
Mereka yang melakukan kesalahan pertama akan diberikan diskaun sekiranya membayar kompaun dalam tempoh satu bulan, namun bagi kesalahan kedua dan ketiga tiada diskaun diberikan.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Khalid Ibrahim berkata, selepas operasi yang dilakukan di negeri itu pada 1 Januari enam daripada 85 individu yang dikenakan saman adalah di bawah umur.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment